Jawatan Kosong Parlimen Malaysia Mac 2024

Jawatan Kosong Parlimen Malaysia Mac 2024 | Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang yang berkaitan untuk mengisi jawatan di Parlimen Malaysia.

1. BUTIRAN JAWATAN

1.1 Jawatan/ Gred : Pereka Grafik Gred B29
1.2 Kementerian/Jabatan : Parlimen Malaysia
1.3 Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
1.4 Taraf Jawatan : Kontrak (Personel MySTEP)
1.5 Bilangan Kekosongan : Satu (1)

2. KADAR UPAH : RM1,900.00

3. SYARAT LANTIKAN

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

3.1 Warganegara Malaysia;

3.2 Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

3.3 Mendapat Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan

3.4 Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau kelayakan yang diktiraf dengannya oleh Kerajaan serta mendapat Prinsipal dalam subjek Seni Visual pada peringkat peperiksaan tersebut; atau

3.5 Diploma dalam bidang seni kreatif, seni bina dalaman, seni lukis atau seni reka yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi Pengajian Tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan

3.6 Keutamaan kepada calon-calon yang mempunyai:
(i)Kepakaran dalam menggunakan aplikasi/ perisian Microsoft Power Point/ Adobe Photoshop/ Premiere & After Effect/ Finalcut X/ Pro Presenter 7/ Cerevo/ OBS/ Webex (Live Stream & Live Conference); dan
(ii)Mempunyai pengalaman yang telah terbukti dan diakui mutunya dalam bidang reka bentuk atau reka bentuk buku serta berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan.

4. DESKRIPSI TUGAS

Bertanggungjawab menyediakan reka bentuk dan susun atur (layout) grafik, bahan-bahan pameran, fotografi termasuk pergurusan bahan serta peralatan yang berkaitan.

5. CARA MEMOHON

5.1 Permohonan hendaklah dibuat menggunakan Borang Permohonan yang boleh dimuat turun secara atas talian (online) di Portal Parlimen Malaysia (www.parlimen.gov.my).

5.2 Borang permohonan yang lengkap hendaklah disertakan satu keping gambar terbaru berukuran pasport (tidak dikembalikan), Resume, salinan Sijil Kelahiran, Salinan MyKad, salinan Kelulusan Akademik, salinan Perakuan Perkhidmatan Pegawai terdahulu dan salinan Sijil Berhenti Sekolah serta dokumen sokongan yang berkaitan. Semua salinan dokumen tersebut hendaklah ditandatangani dan diperakui sah oleh Pegawai Kerajaan dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional Gred 41 ke atas.

5.3 Borang permohonan yang lengkap perlu dihantar ke alamat seperti berikut:

KETUA PENTADBIR PARLIMEN MALAYSIA
ARAS 4, BLOK AHLI PARLIMEN DAN PENTADBIRAN
JALAN PARLIMEN
50680 KUALA LUMPUR
(U.P: SEKSYEN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA DAN INOVASI)

<< Download Borang>>

6. TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 18 MAC 2024

Catatan Am :
(a) Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga.
(b) Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh iklan hendaklah menganggap bahawa permohonan mereka tidak berjaya.
(c) Segala perbelanjaan berhubung dengan permohonan temu duga jawatan ini tidak akan ditanggung oleh Kerajaan.

error: Content is protected !!
Scroll to Top