Iklan Jawatan Kosong Di Majlis Peperiksaan Malaysia Februari 2024

Iklan Jawatan Kosong Di Majlis Peperiksaan Malaysia Februari 2024 | Majlis Peperiksaan Malaysia ialah sebuah Badan Berkanun di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia ingin mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan seperti yang berikut:

  1. Pegawai Perhubungan Awam Gred S41
  2. Pegawai Tadbir Gred N41
  3. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred FA29
  4. Personel MySTEP Gred 41

SYARAT LANTIKAN

1. Pegawai Perhubungan Awam Gred S41

(i) Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Komunikasi Korporat/Massa/ Media atau dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan
(ii) calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurangkurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

2. Pegawai Tadbir Gred N41

Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya dalam bidang Pentadbiran Awam atau Pentadbiran Sosial atau yang berkaitan dengannya; dan
(ii) Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

3. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred FA29

Diploma dalam bidang sains komputer atau teknologi maklumat yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
(ii) Diploma dalam bidang kejuruteraan komputer yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi Pengajian Tinggi Tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
(iii) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurangkurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

4. Personel MySTEP Gred 41

(i) Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya dalam bidang Bahasa Inggeris atau Sains Tulen; dan
(ii) Kepujian Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

CARA MEMOHON

Permohon hendaklah mengisi borang permohonan secara online di
http://apps.mpm.edu.my/erecruitment/

Tarikh tutup permohonan: 28 Februari 2024.

CATATAN

(a) Hanya calon yang terpilih akan dihubungi untuk temu duga.
(b) Permohonan yang lewat atau tidak mengikut peraturan akan ditolak.
(c) Permohonan dianggap tidak berjaya sekiranya tidak dihubungi dalam tempoh 30 hari dari tarikh iklan ditutup.

error: Content is protected !!
Scroll to Top