Jawatan Kosong Di Majlis Perbandaran Selayang Selangor

Jawatan Kosong Di Majlis Perbandaran Selayang Selangor | Warganegara Malaysia yang berkelayakan (Keutamaan Kepada Anak Negeri Selangor) dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan adalah dipelawa untuk memohon jawatan dalam iklan ini :

  1. Arketik Gred J41
  2. Arketik Landskap Gred J41
  3. Jurutera Gred J41
  4. Juruukur Bahan Gred J41
  5. Pegawai Penerangan Gred S41
  6. Pegawai Penguat Kuasa Gred KP41
  7. Pegawai Perancang Bandar Dan Desa Gred J41
  8. Pegawai Perancang Bandar Dan Desa Gred J44
  9. Pegawai Tadbir Gred N41
  10. Pegawai Undang-Undang Gred L41
  11. Pemandu Kenderaan Gred H11
  12. Pembantu Kesihatan Awam Gred U19
  13. Pembantu Operasi Gred N11
  14. Pembantu Penguat Kuasa Gred KP19
  15. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19
  16. Penolong Jurutera JA29
  17. Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U29
  18. Penolong Pegawai Penerangan Gred S29
  19. Penolong Pegawai Penilaian Gred W29
  20. Penolong Pegawai Perancang Bandar Dan Desa Gred JA29
  21. Penolong Pegawai Tadbir Gred N29
  22. Penolong Pegawai Undang-Undang Gred L19

SYARAT DAN KELAYAKAN

1. Arketik Gred J41
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

i) Memiliki Ijazah Sarjana Muda/Sarjana Seni Bina dengan pengiktirafan Bahagian II oleh Lembaga Arkitek Malaysia (LAM) yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan

ii) berdaftar sebagai Arkitek Graduan dengan Lembaga Arkitek Malaysia

2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysi/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

2. Arketik Landskap Gred J41
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

i) Ijazah Sarjana Muda Seni Bina Landskap yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya

2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysi/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

3. Jurutera Gred J41
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

i) Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
ii) berdaftar sebagai Jurutera Siswazah dengan Lembaga Jurutera Malaysia.

2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysi/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

4. Juruukur Bahan Gred J41
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

i) Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
ii) berdaftar sebagai Juruukur Bahan Siswazah dengan Lembaga Juruukur Bahan Malaysia.

2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysi/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

5. Pegawai Penerangan Gred S41
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

i) ijazah sarjana muda dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.; atau

ii) ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.; atau

iii) Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa dengan kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya.; atau

iv) Ijazah Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan dengan kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya.

2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysi/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

6. Pegawai Penguat Kuasa Gred KP41
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

i) ijazah sarjana muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.; atau

ii) bekas anggota polis atau tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Inspektor Polis atau Leftenan Muda atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik; atau

iii) ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

iv) Ijazah Sarjana Muda Undang-undang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau

d) mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:
i) tinggi sekurang-sekurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
ii) berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
iii) mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
iv) mempunyai sekurang-kurangnya 79sm ukuran dada yang biasa dan 84sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
v) lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
vi) pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
vii) diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar.

2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysi/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

7. Pegawai Perancang Bandar Dan Desa Gred J41
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

i) Ijazah Sarjana Muda Perancang Bandar dan Wilayah yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.; atau

ii) ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang geografi, ekonomi, sains sosial, antropologi atau perangkaan yang diiktiraf oleh Kerajaan serta ijazah sarjana atau diploma lepasan ijazah dalam bidang perancangan bandar atau bidangbidang lain berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysi/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

8. Pegawai Perancang Bandar Dan Desa Gred J44

Pegawai Perancang Bandar dan Desa Gred J41 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Perancang Bandar dan Desa Gred J44 yang kosong apabila telah:

(a) disahkan dalam perkhidmatan;
(b) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
(c) memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
(d) diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.

9. Pegawai Tadbir Gred N41
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

i) ijazah sarjana muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.; atau

ii) ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysi/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

10. Pegawai Undang-Undang Gred L41
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

i) Ijazah Sarjana Muda Undang-undang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.; atau
ii) Sijil Amalan Guaman.; atau
iii) Barrister-at-law-England.; atau
iv) Solicitor of the Supreme Court of Judicature of England atau Solicitor of the Senior Courts of England and Wales daripada Solicitor Regulation Authority.

2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysi/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

<< IKLAN PENUH >>

CARA MEMOHON

Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuat kuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.

Permohonan dari mereka yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan-Badan Berkanun perlu mencetak borang permohonan dan ditandatangani oleh Ketua Jabatan dan dibawa ke sesi temu duga berserta dengan Buku Rekod Perkhidmatan dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) yang terkini.

Permohonan perlu dibuat secara online melalui Sistem e-Jawatan yang boleh dicapai melalui laman sesawang/portal rasmi Majlis Perbandaran Selayang (www.mps.gov.my).

Hanya permohonan yang ditapis senarai sahaja akan dipanggil temuduga. Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas tiga (03) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

Tarikt Tutup Iklan Pada 25 Mac 2024

error: Content is protected !!
Scroll to Top