Jawatan Kosong Negeri Perak Mac 2024

Jawatan Kosong di Negeri Perak Mac 2024 | Permohonan adalah dipelawa kepada Warganegara Malaysia dan keutamaan diberi kepada Rakyat DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan yang memiliki keterampilan baik, semangat yang tinggi untuk bekerja secara berpasukan, bakat kepimpinan, ciri-ciri jati diri yang cemerlang dan kelayakan profesionalisme yang bersesuaian bagi mengisi jawatan kosong seperti berikut :-

JAWATAN KOSONG :

  1. Pembantu Kesihatan Awam Gred U19
  2. Pembantu Penilaian Gred W19
  3. Pembantu Tadbir (P/O) Gred N19
  4. Pembantu Awam Gred H11

SYARAT LANTIKAN:

1.Warganegara Malaysia
2.Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.

KELAYAKAN

Sila rujuk iklan untuk mengetahui kelayakan bagi setiap jawatan yang diiklankan dan gaji yang ditawarkan. Link iklan dilampirkan dibahagian bawah.

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

CATATAN AM

1.Permohonan yang lengkap dan disenarai pendek sahaja yang layak dipanggil untuk temuduga.

2.Permohonan calon-calon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 12 bulan dan tarikh iklan ditutup dianggap permohonan mereka tidak berjaya.

3.Segala kos pengangkutan adalah dibawah tanggugan sendiri.

CARA MEMOHON

1.Permohonan jawatan yang ditawarkan hendaklah dipohon melalui sistem permohonan jawatan kosong di https://digital.perak.my/

2.Permohonan yang telah lengkap perlu dicetak dan disahkan berserta dengan salinan sijil dan transkrip atau keputusan peperiksaan yang telah diperolehi, kad pengenalan, sijil kelahiran yang telah disahkan dan sekeping gambar berukuran pasport.

3.Permohonan daripada calon-calon yang sedang berkhidmat dengan kerajaan/pihak berkuasa tempatan/Badan-Badan Berkanun hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Perintah Am Bab ‘A’ 21

4.Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar kepada :

Yang Dipertua
Majlis Daerah Tanjong Malim
Peti Surat 59
35900 Tanjong Malim

  • Tarikh tutup permohonan pada 5 APRIL 2024

<MOHON JAWATAN>

error: Content is protected !!
Scroll to Top