Jawatan Kosong Di Negeri Perak Mac 2024

Jawatan Kosong Negeri Perak Mac 2024 | Permohonan adalah dipelawa kepada Warganegara Malaysia dan keutamaan diberi kepada Rakyat Negeri Perak Darul Ridzuan yang memiliki keterampilan baik, semangat yang tinggi untuk bekerja secara berpasukan, bakat kepimpinan, ciri-ciri jati diri yang cemerlang dan kelayakan profesionalisme yang bersesuaian bagi mengisi jawatan kosong seperti berikut :-

Maklumat Jawatan :

1. Pegawai Undang-Undang Gred L41

SYARAT LANTIKAN:

a) Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;dan

b) Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan ; dan

c) Sarjana Muda Undang-Undang yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi Pengajian Tinggi tempatan atau kelayakan yang setaraf dengannya.

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

KEPERLUAN TAMBAHAN

Hanya calon yang memperoleh kelayakan / kelulusan Ijazah Sarjana Muda yang telah diiktiraf oleh senat Universiti / Jawatankuasa berkaitan pada atau sebelum tarikh tutup iklan permohonan jawatan ini layak memohon selaras dengan syarat skim perkhidmatan.

SYARAT-SYARAT LAIN

i) Keutamaan akan diberikan kepada Rakyat DYMM Sultan Perak. Jika sekiranya pemohon dilahirkan di Luar Negari Perak sila sertakan Salinan Kad Pengenalan Bapa pemohon;
ii) Mempunyai pengalaman kerja yang kukuh (minimum 2 hingga 5 tahun) di firma guaman;
iii) Mempunyai skill penulisan dan komunikasi di dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris (dengan baik)
iv) Mampu berdikari, mempunyai skill pengurusan yang bagus, mempunyai kemampuan dalam melaksanakan tugas dengan pemantauan minimum, inovatif dan mempunyai kemahiran intepersonal yang baik. (good people skill).

BIDANG TUGAS

i) Menyediakan dan menyemak apa-apa dokumen kontrak, memorandum persefahaman, memorandum perjanjian atau lain-lain dokumen perundangan;
ii) Menjalankan tugas perundangan dalam aspek pendakwaan, perbicaraan dan rayuan;
iii) Membantu dalam aspek nasihat perundangan atau menyediakan pandangan undang-undang (legal opinion) ;
iv) Menjalankan tugas di dalam aspek penggubalan undang-undang, penyemakan dan pembaharuan undang-undang agensi;
v) Membantu agensi dari hal ehwal berkaitan guaman dan hal ehwal antarabangsa;
vi) Menyediakan dokumentasi yang berkaitan bagi tujuan laporan kepada peringkat tertinggi;
vii) Menyertai apa-apa rundingan berkaitan dengan terma dan syarat kontrak ;
viii) Melibatkan diri dalam apa-apa perkara berkaitan pengauditan ;
ix) Melaksanakan apa-apa arahan lain dari masa

CARA MEMOHON

i. Permohonan jawatan yang ditawarkan hendaklah dipohon melalui sistem permohonan jawatan kosong di digital.perak.my

ii. Permohonan daripada calon-calon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan/Pihak Berkuasa Tempatan/Badan-Badan Berkanun hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masing-masing berdasarkan Perintah Am Bab ‘A’ 21.

<<MOHON JAWATAN>>

CATATAN

  • Tarikh tutup permohonan pada 18 MAC 2024
  • Permohonan yang lengkap dan disenarai pendek sahaja yang layak dipanggil untuk temuduga, manakala calon-calon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 3 bulan dan tarikh iklan ditutup dianggap permohonan mereka tidak Berjaya.
  • Calon yang dipanggil temuduga perlu membawa sijil asal semasa sesi temuduga dijalankan.
  • Segala kos pengangkutan adalah dibawah tanggugan sendiri.

MAKLUMAN

Mohon rujuk iklan penuh di Portal Perak Digital untuk mendapatkan info gaji dan tarikh tutup iklan bagi setiap jawatan.

error: Content is protected !!
Scroll to Top