Jawatan Kosong di Jabatan Digital Negara Disember 2024 | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk mengisi jawatan seperti berikut :.
Maklumat Jawatan :
- Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred FA5 (113 kekosongan, 176 simpanan)
TARAF PELANTIKAN
i. Calon lantikan baharu adalah secara pelantikan kontrak (Interim) selama tiga (3) tahun; dan
ii. Pegawai lantikan tetap yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan adalah secara pelantikan tetap.
MAKLUMAT SYARAT LANTIKAN
SYARAT LANTIKAN
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
Sijil Teknologi Maklumat, Sijil Kejuruteraan dalam bidang Kejuruteraan Komputer atau Sijil dalam bidang Prosesan Data yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya:atau
Diploma Sains Komputer, Diploma Teknologi Maklumat atau Diploma Kejuruteraan dalam bidang Kejuruteraan Komputer yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang- kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
KEPERLUAN BIDANG
1) Kejuruteraan Perisian;
2) Kejuruteraan Komputer;
3) Kejuruteraan Komputer dan Maklumat;
4) Memproses Data;
5) Pembangunan Perisian (Internet Dan Multimedia);
6) Pengaturcaraan Komputer
7) Sains Komputer;
8) Sains Komputer (Kejuruteraan Perisian Dan Kepintaran);
9) Sains Komputer (Kejuruteraan Perisian);
10) Sains Komputer (Sistem Cerdas)
11) Sains Komputer (Sistem Maklumat);
12) Sains Komputer (Teknologi Web);
13) Teknologi Komputer (Sistem);
14) Teknologi Maklumat;
15) Teknologi Maklumat (Kejuruteraan Perisian);
16) Teknologi Maklumat (Sains Komputer); dan
17) Teknologi Sistem Pengurusan Pangkalan Data dan Aplikasi Web.
KEPERLUAN TAMBAHAN
Hanya calon yang telah memperoleh diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf dan disahkan oleh senat/jawatankuasa berkaitan pada atau sebelum tarikh tutup iklan sahaja layak memohon selaras dengan syarat skim perkhidmatan.
CARA MEMOHON
Calon yang berminat dan mematuhi syarat yang ditetapkan hendaklah mengemukakan/mengemas kini permohonan secara dalam talian melalui Portal Rasmi Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9) melalui link di bawah. Calon yang telah mendaftarkan permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula sekiranya permohonan masih dalam tempoh sah laku pada terikh tutup iklan. Walau bagaimanapun calon perlu mempastikan pusat temuduga dikemas kini pada atau sebelum terikh tutup iklan.
Tarikh tutup permohonan adalah pada 2 Januari 2025