Jawatan kosong di Jabatan Pengangkutan Jalan JUN 2024

Jawatan kosong di Jabatan Pengangkutan Jalan JUN 2024 | Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan mempunyai ciri-ciri keperibadian berikut ; (i) Mempunyai keterampilan yang baik, (ii) Mempunyai semangat yang tinggi dalam bekerja secara berkumpulan; (iii) Mempunyai kepimpinan; (iv) Mempunyai ciri-ciri jati diri yang cemerlang; dan (v) Mempunyai kelayakan profesionalisme yang sesuai dengan jawatan dipelawa untuk mengisi jawatan seperti berikut :

Iklan Peluang Kerjaya Yang Ditawarkan :-

1.Pembantu Penguat Kuasa Gred KP19
2.Pemeriksa Kereta Motor Gred AB19

SYARAT LANTIKAN

1.Pemohon mestilah seorang warganegara Malaysia dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.

2.Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

3.Untuk mengetahui maklumat syarat lantikan/ gaji/ tugastugas jawatan boleh dicapai melalui Laman Web EZSkim, JPA

TARAF PELANTIKAN

i. Calon lantikan baharu adalah secara pelantikan kontrak (Interim) selama 3 tahun; dan

ii. Pegawai lantikan tetap yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan adalah secara pelantikan tetap

KEPERLUAN BIDANG

Senarai keperluan bidang bagi calon yang memiliki Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 adalah seperti berikut:

  • Operasi Kenderaan Perkhidmatan Awam (Bas);
  • Operasi Kenderaan Perkhidmatan Awam (Teksi);
  • Operasi Kenderaan Pengangkutan Barangan; atau
  • Penyeliaan Operasi Pengangkutan Darat

CARA MEMOHON

Calon yang berminat dan mematuhi syarat yang ditetapkan hendaklah mengemukakan/ mengemas kini permohonan secara dalam talian melalui Portal Rasmi Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9) melalui link di bawah. Calon yang telah mendaftarkan permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula
sekiranya permohonan masih dalam tempoh sah laku pada tarikh tutup iklan. Walau
bagaimanapun, calon perlu memastikan pusat temu duga dikemas kini pada atau sebelum tarikh tutup iklan. Hanya permohonan calon yang diterima sebelum atau pada tarikh tutup iklan akan diproses.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 4 JUN 2024

KLIK SINI UNTUK MEMOHON

MAKLUMAT PENTING

Sila ambil perhatian tarikh post ini ini dibuat bagi mengelakkan kekeliruan tentang tarikh tutup iklan. Bagi mengelakkan ketinggalan iklan terkini, jangan terlepas mengikuti Saluran www.PortalKerjayamy.com bagi mendapat kemas kini info jawatan kosong. Anda juga boleh mengisi borang langganan agar anda mendapat kemaskini terus ke email anda.

MAKLUMAT TAMBAHAN

Setiap calon yang memohon iklan kerjaya Suruhanjaya Perkhidmatan Awam tidak dapat mengelak daripada menduduki peperiksaan online, ujian psikometrik, dan temuduga kerjaya. Untuk jawatan tertentu calon akan melalui ujian kecergasan fizikal. Oleh itu kami menjemput anda untuk join channel Rujukan Peperiksaan Online SPA bagi mengetahui tip-tip menghadapi peperiksaan online SPA dan juga maklumat rujukan terkini peperiksaan yang berkaitan peperiksaan yang anda duduki. Sudah ramai yang berjaya lulus dalam Peperiksaan Online SPA dengan rujukan yang kami syorkan.

X
error: Content is protected !!
Scroll to Top