Jawatan Kosong di Jabatan Pendaftaran Negara April 2024 | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan mempunyai ciri-ciri keperibadian berikut ; (i) Mempunyai keterampilan yang baik, (ii) Mempunyai semangat yang tinggi dalam bekerja secara berkumpulan; (iii) Mempunyai kepimpinan; (iv) Mempunyai ciri-ciri jati diri yang cemerlang; dan (v) Mempunyai kelayakan profesionalisme yang sesuai dengan jawatan dipelawa untuk mengisi jawatan seperti berikut :
Maklumat Jawatan :
1. Penolong Pegawai Pendaftaran Gred KP29
SYARAT PERMOHONAN
1. Pemohon mestilah seorang warganegara Malaysia dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
2. Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
RINGKASAN TUGAS
Penolong Pegawai Pendaftaran bertanggungjawab mengatur dan menyelia pelaksanaan dan penguatkuasaan undang-undang yang ditadbir oleh Jabatan Pendaftaran Negara. Mengatur dan menyelia urusan permohonan kad pengenalan, permohonan daftar lewat kad pengenalan, urusan pindaan butiran kad pengenalan dan urusan rekod/ daftar kad pengenalan. Mengatur dan menyelia urusan permohonan pendaftaran kelahiran, daftar lewat kelahiran, urusan permohonan pendaftaran kematian, daftar lewat kematian, permohonan pendaftaran anak angkat, urusan pindaan butiran kelahiran, kematian dan anak angkat serta urusan rekod kelahiran, kematian dan anak angkat. Mengatur dan menyelia urusan permohonan kewarganegaraan, permohonan pengesahan taraf kewarganegaraan, perlucutan kewarganegaraan, permohonan perlepasan kewarganegaraan dan urusan rekod kewarganegaraan. Mengatur dan menyelia urusan permohonan perkahwinan, urusan perkahwinan, urusan pendaftaran perceraian, urusan pindaan butiran perkahwinan dan perceraian serta urusan rekod perkahwinan dan perceraian. Melaksanakan urusan penyiasatan, pendakwaan, perisikan, operasi dan urusan sistem kawalan keselamatan.
Pegawai Pendaftaran bertanggungjawab menjadi sumber rujukan dalam urusan pendaftaran dan pindaan butiran kad pengenalan, pengurusan rekod kelahiran, kematian dan anak angkat, urusan kewarganegaraan, urusan pengurusan rekod perkahwinan dan perceraian, urusan siasatan dan penguatkuasaan.
CARA MEMOHON
Calon yang berminat dan memenuhi syarat yang telah ditetapkan hendaklah mengemukakan atau mengemas kini permohonan secara dalam talian melalui Portal Rasmi Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia. Calon yang telah mendaftarkan permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula sekiranya permohonan masih dalam tempoh sah laku pada tarikh tutup iklan. Walau bagaimanapun, calon perlu mempastikan pusat temu duga dikemas kini pada atau sebelum tarikh tutup iklan. Hanya permohonan calon yang diterima sebelum atau pada tarikh tutup iklan akan diproses.
Tarikh tutup permohonan bagi urusan pengambilan ini adalah pada 15 April 2024.