Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berminat untuk mengisi jawatan seperti yang diiklankan adalah dipelawa memohon bagi mengisi kekosongan jawatan dalam perkhidmatan awam di Kementerian Kesihatan Malaysia.
Jangan lepaskan peluang untuk memohon iklan jawatan kosong dalam perkhidmatan awam di Kementerian Kesihatan Malaysia. Bagi yang berminat, sila pastikan membaca dan memahami cara-cara mengajukan permohonan.
Iklan jawatan kosong yang ditawarkan dalam perkhidmatan awam Kementerian Kesihatan Malaysia adalah seperti yang dinyatakan di bawah:-
Jawatan : JURURAWAT GRED U29
Klasifikasi Perkhidmatan : PERUBATAN DAN KESIHATAN
KELAYAKAN
Permohonan warganegara Malaysia yang mempunyai kelayakan, beriltizam adalah dipelawa memohon jawatan Jururawat Gred U29 . Umur pemohon yang ingin memohon mengisi jawatan kosong mestilah berumur 18 tahun dan keatas semasa tarikh tutup iklan.
KELAYAKAN AKADEMIK
Pemohon mestilah mempunyai diploma dalam bidang kejururawatan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia.
KELAYAKAN BAHASA MELAYU
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian dalam subjek Bahasa Melayu (sekurang-kurangnya Gred C) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
SYARAT-SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Jururawat Masyarakat adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Jururawat Gred U29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan mempunyai kelayakan di perenggan 1(a) di atas; DAN berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; ATAU berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; ATAU berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
CARA MEMOHON
Pemohon-pemohon hendaklah membuat permohonan secara online (atas talian) dengan melayari Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia :
TARIKH TUTUP PERMOHONAN
29 Februari 2024
MAKLUMAT PENTING
Sila ambil perhatian tarikh post ini ini dibuat bagi mengelakkan kekeliruan tentang tarikh tutup iklan.