Iklan Kerjaya Sebagai Penolong Pegawai Siasatan Gred P5

Jawatan Kosong di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Disember 2024 | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk mengisi jawatan seperti berikut :.

Maklumat Jawatan :

  1. Penolong Pegawai Siasatan (100 kekosongan, 75 simpanan)

TARAF PELANTIKAN
i. Calon lantikan baharu adalah secara pelantikan kontrak (Interim) selama tiga (3) tahun; dan
ii. Pegawai lantikan tetap yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan adalah secara pelantikan tetap.

MAKLUMAT SYARAT LANTIKAN

SYARAT LANTIKAN

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED P5

Diploma dalam bidang Undang-Undang, Pengajian Perniagaan atau bidang berkaitan atau Diploma Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya:atau

Diploma Kejuruteraan, Diploma Ukur Bahan atau Diploma Seni Bina yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang- kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

KEPERLUAN BIDANG

1) Analisis Pelaburan;
2) Cyber Security/ Keselamatan Siber;
3) Diplomasi dan Undang-Undang Antarabangsa;
4) Ekonomi Antarabangsa;
5) Ekonomi dan Perniagaan Antarabangsa;
6) Ekonomi dengan Perakaunan;
7) Ekonomi (Kewangan & Perdagangan Antarabangsa);
8) Ekonomi/ Ekonomi Kewangan;
9) Forensik Komputer;
10) Hubungan Antarabangsa;
11) Insurans;
12) Kejuruteraan Awam;
13) Kejuruteraan Awam (Pembinaan/ Pengurusan Pembinaan);
14) Kejuruteraan Elektrik;
15) Kejuruteraan Elektronik;
16) Kejuruteraan Internet;
17) Kejuruteraan Komputer;
18) Kejuruteraan Mekanikal;
19) Kejuruteraan Mekanikal (Petrokimia);
20) Kejuruteraan Pembuatan;
21) Kejuruteraan Proses (Petrokimia);
22) Keusahawanan;
23) Kewangan;
24) Kewangan Antarabangsa;
25) Kewartawanan Penyiaran/Journalism & Broadcasting;
26) Komunikasi;
27) Komunikasi dan Pengurusan Maklumat;
28) Komunikasi Korporat;
29) Komunikasi/ Sebaran Am;
30) Matematik;
31) Multimedia;
32) Pemasaran;
33) Pendidikan;
34) Pengajian Islam;
35) Pengajian Jenayah Komputer;
36) Pengajian Maklumat;
37) Pengajian Media;
38) Pengajian Pentadbiran & Politik (Sumber Manusia);
39) Pengajian Pentadbiran dan Politik (Awam);
40) Penguatkuasaan UndangUndang;
41) Pengurusan;
42) Pengurusan Hartanah;
43) Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan;
44) Pengurusan Logistik;
45) Pengurusan Perniagaan;
46) Pengurusan Sumber Manusia;
47) Pengurusan Teknologi;
48) Pengurusan Teknologi Maklumat/ Teknologi Maklumat (Pengurusan/ Sistem Pengurusan);
49) Pentadbiran Awam;
50) Pentadbiran Pejabat;
51) Pentadbiran Perakaunan;
52) Pentadbiran Polisi Awam;
53) Pentadbiran/ Pengurusan Penguatkuasaan UndangUndang;
54) Pentadbiran/ Pengurusan Sistem Maklumat;
55) Perakaunan dan Analisa Kewangan;
56) Perakaunan dan Kewangan;
57) Perakaunan dan Pengajian Perniagaan;
58) Perakaunan Forensik dan Kriminologi Kewangan;
59) Perakaunan Perniagaan;
60) Perakaunan/ Akauntansi;
61) Perbankan/ Pengajian Perbankan;
62) Perdagangan;
63) Perniagaan (Perniagaan Antarabangsa);
64) Perundangan Islam/ Syariah;
65) Psikologi;
66) Sains;
67) Sains Aktuari;
68) Sains Forensik;
69) Sains Kemasyarakatan (Ekonomi);
70) Sains Kemasyarakatan (Sains Politik);
71) Sains Komputer;
72) Sains Komputer (Kejuruteraan Perisian);
73) Sains Komputer (Pembangunan Perisian);
74) Sains Maklumat (Pengurusan Sistem Maklumat);
75) Sains Politik dan Pengurusan Organisasi;
76) Sains Sosial;
77) Senibina;
78) Senilukis/Reka – Grafik/ Senireka Grafik;
79) Siber Forensik;
80) Sistem dan Rangkaian Komputer;
81) Statistik;
82) Teknologi Maklumat (Sains dan Pengurusan Sistem);
83) Teknologi Maklumat Komunikasi;
84) Ukur Bahan/ Quantity Surveying;
85) Undang-Undang; atau
86) Undang-Undang Laut (Maritime).

KEPERLUAN TAMBAHAN

Hanya calon yang telah memperoleh diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf dan disahkan oleh senat/jawatankuasa berkaitan pada atau sebelum tarikh tutup iklan sahaja layak memohon selaras dengan syarat skim perkhidmatan.

CARA MEMOHON

Calon yang berminat dan mematuhi syarat yang ditetapkan hendaklah mengemukakan/mengemas kini permohonan secara dalam talian melalui Portal Rasmi Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9) melalui link di bawah. Calon yang telah mendaftarkan permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula sekiranya permohonan masih dalam tempoh sah laku pada terikh tutup iklan. Walau bagaimanapun calon perlu mempastikan pusat temuduga dikemas kini pada atau sebelum terikh tutup iklan.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 2 JAN 2025

KLIK SINI UNTUK MEMOHON

X
error: Content is protected !!
Scroll to Top