Jawatan Kosong di Jabatan Meteorologi Malaysia Mei 2024

Jawatan Kosong di Jabatan Meteorologi Malaysia Mei 2024 | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan mempunyai ciri-ciri keperibadian berikut ; (i) Mempunyai keterampilan yang baik, (ii) Mempunyai semangat yang tinggi dalam bekerja secara berkumpulan; (iii) Mempunyai kepimpinan; (iv) Mempunyai ciri-ciri jati diri yang cemerlang; dan (v) Mempunyai kelayakan profesionalisme yang sesuai dengan jawatan dipelawa untuk mengisi jawatan seperti berikut :

Maklumat Jawatan :

1.Penolong Pegawai Meteorologi Gred C29

TARAF PELANTIKAN

i. Calon lantikan baharu adalah secara pelantikan kontrak (Interim) selama 3 tahun; dan

ii. Pegawai lantikan tetap yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan adalah secara pelantikan tetap.

MAKLUMAT SYARAT LANTIKAN

(a) Warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan; dan
(c) memiliki:
(i) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dengan mendapat prinsipal dalam subjek Fizik dan Matematik pada peringkat peperiksaan tersebut.

(ii) Sijil Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dalam bidang jurusan sains.

(iii) sijil dalam bidang kejuruteraan elektrik, elektronik atau mekanikal yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(iv) diploma dalam bidang kejuruteraan elektrik (perhubungan atau kuasa), elektronik atau mekanikal yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya

(v) diploma dalam bidang sains komputer atau kimia industri yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

KEPERLUAN BIDANG (DITETAPKAN OLEH KETUA PERKHIDMATAN)

i. Kejuruteraan Elektrik;
ii. Kejuruteraan Elektrik Kuasa;
iii. Kejuruteraan Elektrik Perhubungan;
iv. Kejuruteraan Elektronik;
v. Kejuruteraan Mekanikal;
vi. Sains Komputer; atau
vii. Kimia Industri.

KELAYAKAN TAMBAHAN (DITETAPKAN OLEH KETUA PERKHIDMATAN)

Hanya calon yang berumur 30 tahun dan ke bawah sahaja yang layak memohon bagi urusan ini.

KEPERLUAN TAMBAHAN

Hanya calon yang telah memperoleh STPM/Sijil Matrikulasi KPM/sijil/diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf dan disahkan oleh senat/jawatankuasa berkaitan pada atau sebelum tarikh tutup iklan sahaja layak memohon selaras dengan syarat skim perkhidmatan.

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

CARA MEMOHON

Calon yang berminat dan memenuhi syarat yang telah ditetapkan hendaklah mengemukakan atau mengemas kini permohonan secara dalam talian melalui Portal Rasmi Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia. Calon yang telah mendaftarkan permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula sekiranya permohonan masih dalam tempoh sah laku pada tarikh tutup iklan. Walau bagaimanapun, calon perlu mempastikan pusat temu duga dikemas kini pada atau sebelum tarikh tutup iklan. Hanya permohonan calon yang diterima sebelum atau pada tarikh tutup iklan akan diproses.

Tarikh tutup permohonan bagi urusan pengambilan ini adalah pada 27 MEI 2024.

MOHON JAWATAN

MAKLUMAT PENTING

Setiap calon yang memohon iklan kerjaya SPA tidak dapat lari daripada menduduki peperiksaan online, ujian psikometrik, dan temuduga kerjaya. Untuk jawatan tertentu akan melalui ujian kecergasan fizikal. Oleh itu kami menjemput anda untuk join channel Rujukan Peperiksaan Online SPA bagi mengetahui tips-tips menghadapi peperiksaan online SPA dan juga maklumat rujukan terkini peperiksaan yang berkaitan peperiksaan yang anda duduki. Sudah ramai yang berjaya lulus dalam Peperiksaan Online SPA dengan rujukan yang kami syorkan.

MAKLUMAN

Sila ambil perhatian tarikh post ini ini dibuat bagi mengelakkan kekeliruan tentang tarikh tutup iklan. Bagi mengelakkan ketinggalan Iklan Jawatan Kosong Terkini, sila Join Saluran Telegram bagi mendapatkan info pantas peluang kerjaya. Join Di Sini

X
error: Content is protected !!
Scroll to Top