Iklan Peluang Kerjaya Kementerian Kesihatan Malaysia Mei 2024 |Kementerian Kesihatan Malaysia mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan mempunyai ciri-ciri keperibadian berikut ; (i) Mempunyai keterampilan yang baik, (ii) Mempunyai semangat yang tinggi dalam bekerja secara berkumpulan; (iii) Mempunyai kepimpinan; (iv) Mempunyai ciri-ciri jati diri yang cemerlang; dan (v) Mempunyai kelayakan profesionalisme yang sesuai dengan jawatan dipelawa untuk mengisi jawatan seperti berikut :
Iklan Peluang Kerjaya Yang Ditawarkan :-
1.Penolong Pegawai Tadbir Gred N29 (Rekod Perubatan) (Sabah)
2.Penolong Pegawai Tadbir Gred N29 (Rekod Perubatan) (Sarawak)
3.Penolong Pegawai Tadbir Gred N29 (Rekod Perubatan) (Semenanjung)
4.Penolong Pegawai Penyelidik Gred Q29 (Semenanjung)
5.Penolong Pengurus Asrama Gred N29 (Sarawak)
6.Penolong Pegawai Sains Gred C29 (Semenanjung)
SYARAT LANTIKAN
- Pemohon mestilah seorang warganegara Malaysia dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
- Untuk mengetahui syarat lantikan lain, seperti kelayakan akademik, keperluan bidang pengkhususan, gaji dan bidang tugas sila rujuk iklan di laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia.
CARA MEMOHON
Calon yang berminat dan memenuhi syarat yang telah ditetapkan hendaklah mengemukakan atau mengemas kini permohonan secara dalam talian melalui Portal Rasmi Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia melalui pautan di bawah “MOHON JAWATAN”. Calon yang telah mendaftarkan permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula sekiranya permohonan masih dalam tempoh sah laku pada tarikh tutup iklan. Walau bagaimanapun, calon perlu mempastikan pusat temu duga dikemas kini pada atau sebelum tarikh tutup iklan. Hanya permohonan calon yang diterima sebelum atau pada tarikh tutup iklan akan diproses.
Tarikh tutup permohonan bagi urusan pengambilan ini adalah pada 9 MEI 2024.
MAKLUMAT PENTING
Setiap calon yang memohon iklan kerjaya SPA tidak dapat lari daripada menduduki peperiksaan online, ujian psikometrik, dan temuduga kerjaya. Untuk jawatan tertentu akan melalui ujian kecergasan fizikal. Oleh itu kami menjemput anda untuk join channel Rujukan Peperiksaan Online SPA bagi mengetahui tips-tips menghadapi peperiksaan online SPA dan juga maklumat rujukan terkini peperiksaan yang berkaitan peperiksaan yang anda duduki. Sudah ramai yang berjaya lulus dalam Peperiksaan Online SPA dengan rujukan yang kami syorkan.
MAKLUMAN
Sila ambil perhatian tarikh post ini ini dibuat bagi mengelakkan kekeliruan tentang tarikh tutup iklan. Bagi mengelakkan ketinggalan Iklan Jawatan Kosong Terkini, ikuti saluran Portalkerjayamy bagi mendapat kemas kini pantas.