Jawatan Kosong Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup Mac 2024

Iklan Peluang Kerjaya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup Mac 2024 |Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan mempunyai ciri-ciri keperibadian berikut ; (i) Mempunyai keterampilan yang baik, (ii) Mempunyai semangat yang tinggi dalam bekerja secara berkumpulan; (iii) Mempunyai kepimpinan; (iv) Mempunyai ciri-ciri jati diri yang cemerlang; dan (v) Mempunyai kelayakan profesionalisme yang sesuai dengan jawatan dipelawa untuk mengisi jawatan seperti berikut :

Iklan Peluang Kerjaya Yang Ditawarkan :-

1. Penolong Pegawai Penguat Kuasa Gred KP19 (158 kekosongan)

2. Penolong Pegawai Penguat Kuasa Gred KP29 (63 kekosongan)

3. Penolong Pegawai Penguat Kuasa Gred KP41 (24 kekosongan)

SYARAT LANTIKAN

1. Penolong Pegawai Penguat Kuasa Gred KP19

1. Pemohon mestilah seorang warganegara Malaysia dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.

2. (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. atau;

(ii) Bekas anggota polis atau tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Konstabel atau Prebet atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dengan memuaskan. atau;

(iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. atau;

3. Syarat Lantikan Tambahan

  • Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:
  • Tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
  • Berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
  • Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
  • Mempunyai sekurang-kurangnya 79sm ukuran dada yang biasa dan 84sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
  • Lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
  • Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
  • Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan yang berdaftar.

2. Penolong Pegawai Penguat Kuasa Gred KP29

1. Pemohon mestilah seorang warganegara Malaysia dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.

2. (i) Pemohon hendaklah Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. atau;

(ii) Memiliki Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. atau;

(iii) Memiliki diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. atau;

(iv) Memiliki diploma dalam bidang undang-undang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. atau;

(v) Sijil Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

3. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

4. Syarat Lantikan Tambahan

  • Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:
  • Tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
  • Berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
  • Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
  • Mempunyai sekurang-kurangnya 79sm ukuran dada yang biasa dan 84sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
  • Lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
  • Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
  • Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan yang berdaftar.

3. Penolong Pegawai Penguat Kuasa Gred KP41

1. Pemohon mestilah seorang warganegara Malaysia dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.

2. (i) Ijazah sarjana muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. atau;

(ii) Bekas anggota polis atau tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Inspektor Polis atau Leftenan Muda atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik.

3. Syarat Lantikan Tambahan

  • Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:
  • Tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
  • Berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
  • Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
  • Mempunyai sekurang-kurangnya 79sm ukuran dada yang biasa dan 84sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
  • Lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
  • Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
  • Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan yang berdaftar.

CARA MEMOHON

Calon yang berminat dan memenuhi syarat yang telah ditetapkan hendaklah mengemukakan atau mengemas kini permohonan secara dalam talian melalui Portal Rasmi Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia melalui pautan di bawah “MEMOHONLAH SECARA ONLINE DI SPA9”. Calon yang telah mendaftarkan permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula sekiranya permohonan masih dalam tempoh sah laku pada tarikh tutup iklan. Walau bagaimanapun, calon perlu mempastikan pusat temu duga dikemas kini pada atau sebelum tarikh tutup iklan. Hanya permohonan calon yang diterima sebelum atau pada tarikh tutup iklan akan diproses.

Tarikh tutup permohonan bagi urusan pengambilan ini adalah pada 28 Mac 2024.

MOHON JAWATAN

X
error: Content is protected !!
Scroll to Top