Jawatan Kosong di Jabatan Perkhidmatan Awam Dan Kementerian Kesihatan Malaysia | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan mempunyai ciri-ciri keperibadian berikut ; (i) Mempunyai keterampilan yang baik, (ii) Mempunyai semangat yang tinggi dalam bekerja secara berkumpulan; (iii) Mempunyai kepimpinan; (iv) Mempunyai ciri-ciri jati diri yang cemerlang; dan (v) Mempunyai kelayakan profesionalisme yang sesuai dengan jawatan dipelawa untuk mengisi jawatan seperti berikut :
Maklumat Jawatan :
1.Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19
TARAF PELANTIKAN
i. Calon lantikan baharu adalah secara pelantikan kontrak (Interim) selama 3 tahun; dan
ii. Pegawai lantikan tetap yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan adalah secara pelantikan tetap.
SYARAT PERMOHONAN
1.Pemohon mestilah seorang warganegara Malaysia dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
2.Bagi mengetahui maklumat syarat-syarat lain seperti syarat lantikan / gaji / tugas-tugas jawatan boleh dicapai melalui laman web EZSkim Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia.
KEPERLUAN BIDANG
Senarai keperluan bidang SKM bagi calon SPM yang memiliki SKM Tahap 2:
(i) Pengurusan Pejabat
Senarai keperluan bidang SKM bagi calon SPM yang memiliki SKM Tahap 3:
(i) Penyeliaan Pengurusan Pejabat
(ii) Setiausaha Korporat Eksekutif
(iii) Perkhidmatan Sokongan Perundingan Sumber Manusia
(iv) Pentadbiran Pejabat
KEPERLUAN TAMBAHAN
(i) Calon yang berumur 18 hingga 35 tahun; dan
(ii) Lulus (sekurang-kurangnya D) dalam 4 subjek lain pada peringkat SPM
SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
CARA MEMOHON
Calon yang berminat dan memenuhi syarat yang telah ditetapkan hendaklah mengemukakan atau mengemas kini permohonan secara dalam talian melalui Portal Rasmi Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia. Calon yang telah mendaftarkan permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula sekiranya permohonan masih dalam tempoh sah laku pada tarikh tutup iklan. Walau bagaimanapun, calon perlu mempastikan pusat temu duga dikemas kini pada atau sebelum tarikh tutup iklan. Hanya permohonan calon yang diterima sebelum atau pada tarikh tutup iklan akan diproses.
Tarikh tutup permohonan bagi urusan pengambilan ini adalah pada 20 JUN 2024.
MAKLUMAT PENTING
Setiap calon yang memohon iklan kerjaya SPA tidak dapat lari daripada menduduki peperiksaan online, ujian psikometrik, dan temuduga kerjaya. Untuk jawatan tertentu akan melalui ujian kecergasan fizikal. Oleh itu kami menjemput anda untuk join channel Rujukan Peperiksaan Online SPA bagi mengetahui tips-tips menghadapi peperiksaan online SPA dan juga maklumat rujukan terkini peperiksaan yang berkaitan peperiksaan yang anda duduki. Sudah ramai yang berjaya lulus dalam Peperiksaan Online SPA dengan rujukan yang kami syorkan.
MAKLUMAN
Sila ambil perhatian tarikh post ini ini dibuat bagi mengelakkan kekeliruan tentang tarikh tutup iklan. Bagi mengelakkan ketinggalan Iklan Jawatan Kosong Terkini, sila Join Saluran Telegram bagi mendapatkan info pantas peluang kerjaya. Join Di Sini